Carian
Wiko 10 Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM699
October 3, 2022 Amy Maizuraa

Wiko 10 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Bagi yang berminat, telefon pintar ini dijual pada harga RM699 sebuah dengan beberapa pilihan warna seperti Klein Blue, Black dan Silver. Ketersediaan adalah bermula pada 7 Oktober 2022 menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, Wiko 10 dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G37, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut disertakan adalah kamera utama 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro), kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 22.5W.

Komen