Motorola Moto G72 Kini Rasmi Dengan Mediatek Helio G99, Kamera 108MP

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti keluaran Motorola telah dikemaskini dengan model baharu menerusi Moto G72. Ia merupakan sebuah peranti 4G dengan janaan cip MediaTek Helio G99. Di samping beberapa tumpuan utama lain seperti skrin berkadar segar semula 120Hz dan kamera utama 108MP.

Untuk lebih khusus, ia dilengkapi skrin sebesar 6.55-inci pOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G99, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W.

Sistem tri-kamera digunakan dengan konfigurasi 108MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Sementara itu, kamera swafoto pula 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, port USB-C dan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. Untuk harga, Moto G72 dijual bermula INR18,999 (~RM1,078) untuk sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami