Hadiah Nobel Fisiologi Atau Perubatan Dianugerahkan Kepada Saintis Yang Melakukan Penjujukan Genom Neanderthals

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Svante Pääbo yang telah dianugerahkan Hadiah Nobel untuk bidang fisiologi atau perubatan 2022. Hadiah diberikan kerana kejayaan beliau melakukan pejujukan genom lengkap Neanderthals yang membolehkan kita kini mengetahui perbezaan leluhur manusia ini dengan spesis home sapiens. Penjujukan dilakukan daripada serpihan tulang Neanderthals berusia 40,000 tahun.

Ini adalah proses yang rumit memandangkan DNA akan musnah semakin lama ia terdedah dan dicemari oleh spesimen lain berhampiran sampel yang diambil. Selepas kajian yang dilakukan selama berdekad lamanya, penjujukan genom Neanderthals berjaya dilakukan oleh Pääbo pada tahun 1990 semasa bertugas di University of Munich.

Selain kejayaan sulung melakukan penjujukan genom Neanderthals, Pääbo juga menemukan spesis homonim baharu yang diberi nama Denisova. Tulang yang ditemukan di Gua Denisova, Siberia didapati mempunyai penjujukan genom yang berbeza dengan spesis hominin yang lain. Penemuan oleh Pääbo meningkatkan lagi pemahaman kita mengenai evolusi, perpindahan manusia dan interaksi antara spesis hominin puluhan ribu tahun yang lalu.

komen


© Amanz / 2022 Kami