Carian
Kim Kardashian Bersetuju Membayar Penalti RM5.86 Juta Kerana Mempromosikan Kripto
October 3, 2022 Effi Saharudin

Kim Kardashian bersetuju menyelesaikan kes beliau dengan SEC kerana kesalahan mempromosikan mata wang kripto EthereumMax tanpa mendedahkan beliau dibayar untuk melakukannya. Kardashian akan membayar penalti $1.26 juta (~RM5.86 juta) kerana gagal memberitahu pengikut Instagram beliau menerima bayaran $250,00 (~RM1.1 juta) untuk mempromosikan EthereumMax.

Tindakan mula diambil ke atas pempengaruh media sosial oleh SEC kerana mereka tidak mendedahkan mereka dibayar untuk mempromosikan mata wang kripto yang merupakan pelabura yang berisiko.

Terdapat beberapa kes berprofil tinggi token kripto dipromosikan oleh pempengaruh dan apabila nilainya meningkat, ia terus dijual untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek dengan pelabur lain menanggung kerugian kerana nilainya kemudian jatuh mendadak.

Komen