Hari ini media Itali melaporkan dokumen dalaman milik Ferrari sebesar 7GB telah tertiris ke arena web. Ia terdiri daripada dokumen dalaman, lembaran data, dan buku panduan membaiki kenderaan telah disebarkan. Kumpulan penggodam RansomEXX didakwa bertanggungjawab menggodam sistem Ferrari.

Tetapi Ferrari telah menafikan mereka telah digodam tetapi mengesahkan kesahihan dokumen yang tertiris. Siasatan sedang dijalankan untuk mencari sumber ketirisan data. Ferrari turut mengatakan mereka tidak mengesan sebarang perisian tebusan pada waktu ini.