Kereta Elektrik BYD Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BYD merupakan salah satu pengeluar kenderaan elektrik dari China, dan kini mereka telah memeterai perjanjian bersama Sime Darby Motors untuk membolehkan Sime Darby Motors mengedar kenderaan buatan BYD di Malaysia.

Dengan kerjasama ini, Sime Darby akan terlebih dahulu membawa masuk model kereta ATTO 3 dan juga e6 yang terbaru keluaran BYD.

Pengenalan kedua-dua model ini dijangka merancakkan lagi arena automotif tempatan, terutamanya pasaran kereta elektrik di Malaysia.

Langkah Sime Darby Motors juga membolehkan mereka terus menerajui arena automotif memfokuskan elektrik ini di Malaysia.

Buat masa ini, tiada tarikh pasti untuk pelancaran kedua-dua model ini di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami