Apple Music Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Lagu Pada Katalog

Diterbitkan pada Okt 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini mengumumkan pencapaian terbaru melalui perkhidmatan penstriman muzik mereka, mencapai 100 juta lagu pada katalog mereka.

Ia merupakan salah satu rekod capaian yang tinggi – apatah lagi jikalau dilihat pada tahun 1960-an, dimana hanya sekitar 5000 album diterbitkan setiap tahun.

Apple mengatakan kini Apple Music mempunyai capaian di 167 buah negara, dan pelbagai lagu dan muzik diterbitkan melaluinya. Menurut Apple juga, setiap hari, lebih 20,000 penyanyi dan penulis lagu terbitkan lagu baharu ke Apple Music.

Apple ketika pelancaran Apple Music pada 2015 sendiri telah menyertakan katalog dengan 30 juta buah lagu melaluinya.

Di Malaysia, Apple Music ditawarkan pada harga RM14.90 sebulan untuk pengguna individu, atau RM8.90 untuk pelajar.

komen


© Amanz / 2022 Kami