Netflix Terus Menerajui Arena Penstriman Video Di Malaysia – Diikuti Viu Dan iQiyi

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mengikut data untuk lapan bulan pertama 2022 ini, ia dilihat Netflix terus menerajui arena penstriman video di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Ia dilihat, Netflix mempunyai pegangan pasaran sekitar 66% di Malaysia, dan diikuti oleh perkhidmatan penstriman video kedua popular adalah Viu dengan pegangan sebanyak 10%.

Selain itu, iQiyi dilihat ditangga ke tiga, dan Disney+ Hotstar pula pada tangga ke-4.

Perkhidmatan yang dibangunkan syarikat tempatan, iaitu Astro Go pula menduduki tangga ke-5 dengan pegangan sebanyak 5%.

Arena penstriman video dilihat terus akan mempunyai saingan sengit antara satu sama lain, dan Netflix terus akan menerima cabaran dalam kekal sebagai penyedia perkhidmatan utama di rantau ini.

Sejak kebelakangan ini juga, Netflix dilihat agak aktif dalam membawa masuk sejumlah filem tempatan terus ke platform mereka, sejurus selepas tamat tayangan di panggung wayang – seperti Mat Kilau.

Sumber : Bloomberg

komen


© Amanz / 2022 Kami