Ciri “Edit” Twitter Kini Boleh Digunakan Pelanggan Twitter Blue

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas beberapa kali diacah, Twitter hari ini mengaktifkan ciri menyunting ciapan yang telah dihantar tetapi malang sekali ia hanya boleh digunakan oleh pelanggan Twitter Blue. Pelanggan di Australia, Kanada dan New Zealand boleh menggunakannya hari ini dengan ia akan diberikan kepada pelanggan di Amerika Syarikat di masa akan datang.

Ciapan boleh disunting dengan menekan butang Edit Tweet pada menu dalam aplikasi. Terdapat had masa 30 minit untuk menyunting ciapan yang telah dihantar dengan ia boleh dilakukan sebanyak lima kali sahaja. Dengan pelancaran ini ciri yang paling kerap diminta oleh pengguna Twitter akhirnya diberikan tetapi nampaknya hanya boleh diakses pelanggan berbayar sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami