Carian
Mod Tembus Bunyi Adaptif Yang Hadir Pada AirPods Pro Pertama Hanyalah Pepijat
October 4, 2022 Fahim Zahar

Minggu lepas, kemaskini iOS 16.1 beta turut menyokong kemaskini beta baharu untuk AirPods Pro generasi pertama dan AirPods Max. Kemaskini ini membawakan ciri Adaptive Transparency yang diperkenalkan khusus untuk AirPods Pro 2.

Agak aneh ciri ini disokong pada aksesori audio generasi lama, kerana Apple jarang menawarkan ciri baharu eksklusif pada produk baharu kepada mod lama. Mark Gurman baru-baru ini menyatakan, kemaskini ini adalah sekadar pepijat sahaja dan besar kemungkinan pengguna AirPods Pro generasi pertama dan AirPods Max tidak akan dapat menikmatinya.

Antara sebab utama adalah, Adaptive Transparency atau mod tembus bunyi adaptif ini memerlukan cip Apple H2 dan dua aksesori audio lama Apple ini menggunakan cip Apple H1.

Ciri ini membolehkan AirPods Pro 2 membatalkan bunyi bising seperti siren, bunyi mesin di tapak pembinaan, dan lain-lain lagi tetapi perbualan antara manusia masih boleh didengari.

Komen