Laporan PAC Mengesahkan Data MySejahtera Disimpan Dalam Negara

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. oleh .

Hari ini, laporan penuh PAC mengenai aplikasi MySejahtera telah dikeluarkan, dan ia menunjukkan pelbagai jenis maklumat berkenaan pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi tersebut.

Laporan tersebut juga mengesahkan bahawa data pengguna MySejahtera semuanya disimpan di mesin-mesin pelayan tempatan di pusat data AIMS di Kuala Lumpur.

Penyimpanan data ini juga menggunakan khidmat teknologi awanan Alibaba Cloud, sebuah perkhidmatan awanan dari China, tetapi akses hanya dihadkan kepada sejumlah pengguna sahaja.

MySejahtera

Khairy Jamaluddin, yang pada masa tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengatakan bahawa akses kepada pengkalan data ini adalah terhad, dan terdapat audit yang dilakukan untuk memastikan bahawa hanya akaun-akaun dan individu tertentu sahaja mempunyai akses kepada maklumat pengguna.

Dalam pada itu, agensi-agensi kerajaan seperti NACSA (National Cyber Security Agency) dan MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) juga telah melakukan ujian-ujian seperti pen-test untuk memastikan bahawa sistem sekuriti aplikasi tersebut selamat digunakan oleh pengguna dan isu kerentanan data diperbaiki sebaik mungkin.

Terdapat juga permintaan daripada sejumlah agensi kerajaan yang mahukan akses kepada data pengguna tetapi tidak diberikan untuk memastikan keselamatan dan integriti data pengguna terurus.

komen


© Amanz / 2023 Kami