Perkhidmatan Prabayar ALTEL Akan Ditamatkan Berkuat-kuasa 31 Disember 2022

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak ALTEL kini mengumumkan perkhidmatan prabayar ALTEL akan ditamatkan sepenuhnya berkuat-kuasa 31 Disember 2022 kelak.

ALTEL mengatakan penamatan perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan kembali aktiviti perniagaan syarikat ALTEL.

Dengan langkah ini, para pengguna diminta untuk beralih ke syarikat telekomunikasi lain sekiranya ingin mengekalkan nombor. Pengguna juga diberikan pilihan untuk dipindahkan ke perkhidmatan Celcom bermula hari ini.

Disamping itu, ALTEL mengatakan mereka akan melakukan bayaran balik kredit berbaki kepada pengguna yang menamatkan perkhidmatan atau beralih ke Celcom.

Sekiranya ingin berpindah ke penyedia perkhidmatan lain, proses menukar rangkaian tersebut perlulah dilakukan sebelum 15 November 2022. Pelanggan yang memilih untuk menukar rangkaian ini tidak akan menerima bayaran balik baki kredit.

Sekiranya pelanggan prabayar ALTEL tidak melakukan sebarang perkara, maka nombor ALTEL akan dipindahkan secara automatik ke Celcom bermula 1 Disember 2022 kelak, dan tidak akan menerima bayaran balik kredit.

komen


© Amanz / 2022 Kami