Kecerdasan Buatan DreamFusion Mengubah Teks Menjadi Model 3D

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kecerdasan buatan DALL.E dan Make A Scene telah dibangunkan dengan ia mampu menghasilkan imej berdasarkan input teks yang diberikan oleh pengguna. Kini penyelidik dari Google telah memperlihatkan pula kecerdasan buatan DreamFusion yang menghasilkan model 3D menggunakan input teks pengguna.

DreamFusion ialah kesinambungan kepada projek DreamFields yang mengubah teks menjadi imej 3D. Kecerdasan buatan ini menggunakan rangkaian neural Neural Radiance Field (NeRF) yang mengubah imej 2D menjadi objek 3D. Pada waktu ini DreamFusion boeh dicuba menerusi Github. Kesemua objek 3D yang telah dijana kemudiannya boleh dieksport untuk digunakan pada perisian 3D atau mesin pencetak 3D.

komen


© Amanz / 2022 Kami