Gmail Dan Google News Pula Dikemaskini Untuk Sokongan Widget Kunci Skrin iOS 16

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan lepas, Google telah mengumumkan yang beberapa aplikasi mereka akan dikemaskini untuk menyokong widget pada kunci skrin iPhone yang menjalankan iOS 16. Aplikasi Chrome dan Drive mula menerima kemaskini pada beberapa minggu lalu.

Kini, Google telah mengedarkan kemaskini untuk aplikasi emel mereka iaitu Gmail dan juga News. Kemaskini ini membawakan Gmail beberapa jenis widget sementara Google News hanya mempunyai satu widget. Berikut adalah apa yang ditawarkan;

Gmail

  • 1×1: Logo Gmail dengan kiraan emel belum dibaca.
  • 2×1: Kiraan emel belum dibaca bersama Chat and Spaces.
  • Widget bahagian atas dengan satu baris tarikh, hari serta kiraan emel belum dibaca.

Google News

  • Hanya ada satu widget, iaitu saiz 2×1 dengan logo serta nama penerbitan dengan berita terkini.

Gmail adalah untuk versi 6.0.220918, sementara News pula adalah versi 5.6.1 dan kemaskini ini sudah pun boleh dimuat turun di Apple App Store.

komen


© Amanz / 2022 Kami