Xiaomi Smart Band 7 Pro Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM299

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan lalu, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Smart Band 7 Pro di China. Ia adalah Xiaomi Smart Band yang kita semua kenal, tetapi dengan skrin 84% lebih besar berbanding Xiaomi Smart Band 6, menggunakan skrin melengkung, dan dibina untuk kelihatan lebih premium. Kini, ia akhirnya memasuki pasaran Malaysia secara rasmi.

Xiaomi Smart Band 7 Pro ini menggunakan skrin 1.64-inci AMOLED dengan resolusi 280 x 486 (326 PPI). Ia mempunyai sensor cahaya ambien untuk sokongan kecerahan automatik yang boleh mencapai sehingga 500 nits dan dilindungi dengan kaca bajaan (tempered glass) 2.5D anti kotoran cap jari. Xiaomi menyertakan lebih 150 muka jam dalam aplikasi Mi Fitness.

Jam ini menggunakan sensor Bluetooth 5.2 BLE untuk sambungan. Ia turut mempunyai sensor pengimbas nadi dengan sensor kadar oksigen dalam darah, sensor pemecut dan juga giroskop. Dengan sensor ini Xiaomi Smart Band 7 Pro boleh memantau SpO2 dan degupan jantung pengguna sepanjang hari serta turut memantau corak tidur pengguna. Bagi yang aktif bersukan dan bersenam, terdapat lebih 110 mod berbeza boleh digunakan untuk memantau data dan kecergasan.

Untuk penjejakan lokasi, ia mempunyai GNSS terbina agar mereka yang gemar berlari dan lain-lain berkenaan boleh menjejak pergerakan masing-masing. Untuk perlindungan, Xiaomi Smart Band 7 Pro menyokong ketahanan air sehingga 5 ATM.

Xiaomi menawarkan pilihan warna hitam dan ivory untuk kerangka dan mempunyai enam pilihan warna tali jam iaitu Ivory, Olive, Jingga, Biru, Hitam dan Merah Jambu. Sementara ada dua warna untuk edisi khas iaitu Pine Green atau Moon Gray. Harga jualan adalah RM299 dan mereka yang berminat boleh mula beli pada 5 Oktober.

Sempena pelancaran, dari 5 Oktober ke 9 Oktober harga diskaun akan diberikan iaitu RM279.

komen


© Amanz / 2022 Kami