Carian
Redmi Pad Dilancarkan Dengan Skrin 2K 90Hz Dan MediaTek Helio G99
October 4, 2022 Amy Maizuraa

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan Redmi hadir dengan penawaran tablet. Dikenali sebagai Redmi Pad, ia sebuah tablet berspesifikasi pertengahan yang memberi fokus terhadap kegunaan asas termasuk pembelajaran, hiburan dan kerja harian. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Graphite Gray, Moonlight Silver dan Mint Green.

Untuk spesifikasi, tablet ini menggunakan skrin sebesar 10.6-inci LCD beresolusi 2K (1200 X 2000 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadanakan dengan cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 8000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 18W. Bagaimanapun, kepala pengecas yang disediakan menyediakan kuasa output sehingga 22.5W.

Sensor sebesar 8MP disertakan untuk kamera utama dan swafoto. Turut disertakan adalah kebolehan ultra-lebar seluas 105 darjah untuk penggunaan lebih baik. Seterusnya tablet ini turut dimuatkan dengan empat pembesar suara yang ditala Dolby Atmos, di samping sistem operasi MIUI for Pad. Untuk harga, ia dijual bermula €279.

Komen