Xiaomi Robot Vacuum X10+ Dilancarkan Dengan Dermaga Pengecas Auto Bersih

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti rumah pintar Xiaomi turut dikemas kini dengan penawaran baharu menerusi pengenalan Xiaomi Robot Vacuum X10+. Ia merupakan sebuah mesin pembersih hampagas robotik bertujuan untuk tugas pembersihan rumah lebih efektif.

Untuk spesifikasi, robot ini dilengkapi teknologi navigasi laser LDS, kamera RGB dan pengesan pelanggaran. Ia boleh dikawal menggunakan Mi Home App dengan beberapa mod pembersihan. Turut disertakan adalah dermaga terbina dengan kebolehan beberapa proses pembersihan seperti mengosongkan tangki habuk, tangki air dan menggantikan dengan air baharu.

Bateri 5,200mAh yang disertakan mampu memberikan tempoh beroperasi sehingga 120 minit. Dalam masa sama, ia turut mempunyai ruang tempat simpanan sampah berkapasiti sehingga 2.5L dan motor dengan kadar kelajuan sedutan 4,000Pa.

komen


© Amanz / 2022 Kami