Hadiah Nobel Fizik Dianugerahkan Kepada Tiga Saintis Yang Mengembangkan Pemahaman Fizik Kuantum

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggunaan teknologi kuantum digunakan dengan meluas bagi tujuan pengkomputeran dan penyulitan atas talian yang lebih sukar dipatahkan oleh penggodam. Pemahaman lebih mendalam mengenai teknologi kuantum adalah kunci kepada teknologi ini. Tahun ini Hadiah Nobel Fizik 2022 dianugerahkan kepada Alain Aspect, John Clauser dan Anton Zeilinger untuk kajian dalam teknologi fizik kuantum.

Dalam mekanik kuantum, dua ataupun lebih partikel boleh wujud dalam keadaan yang sama walaupun berjauhan. Ini dipanggil sebagai keadaan kuantum terjerat. Ketiga-tiga pemenang Hadiah Nobel Fizik tahun ini melakukan pelbagai kajian penting yang kemudiannya menjadi asas kepada pengguna teknologi kuantum sekarang. Anton Zeilinger misalnya melakukan kajian pada tahun 1997 yang kemudiannya membuktikan kewujudan fenomena teleportasi kuantum.

komen


© Amanz / 2022 Kami