Carian
Mac Pro Baharu Mungkin Menggunakan Cip M2 Extreme – CPU 48 Teras, GPU 160 Teras Dan 384GB RAM
October 4, 2022 Effi Saharudin

Apple dijangka akan melancarkan Mac Pro baharu dengan cip Apple Silicon sepenuhnya. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai cip yang bakal digunakan. Memandangkan ia adalah komputer desktop paling mercu Apple, adalah tidak masuk akal sekiranya ia sekadar menggunakan cip Ultra seperti yang digunakan pada MacBook dan Mac Mini tahun lalu.

Menurut laporan MacWorld, Mac Pro mungkin akan dilengkapi cip yang lebih berkuasa dengan nama M2 Extreme. Ia mungkin dilengkapi CPU 48 teras, GPU 160 teras dan memori sehingga 384GB RAM.

Ramalan dilakukan berdasarkan cip M1, M1 Pro dan M1 Ultra tahun lalu yang menggandakan jumlah teras CPU dan GPU serta RAM berbanding cip yang paling asas. Kesemua ini masih sekadar spekulasi tetapi jika menjadi kenyataan bakal menjadi Mac Pro antara komputer desktop berkuasa di pasaran.

Komen