Cari @ Amanz

Kesatuan Eropah hari ini telah meluluskan perundangan baharu, yang akan memerlukan semua pengeluar peranti menggunakan penyambung USB-C sebagai port pengecasan selari pada peranti, menjelang penghujung 2024 kelak.

Dengan langkah ini, semua peranti elektronik – termasuk telefon pintar, tablet, kamera digital, fon kepala, fon telinga, konsol mudah-alih, speaker, papan kekunci, tetikus, dan komputer riba menggunakan pengecas USB-C.

Ia juga perlu menyokong pengecasan sehingga 100 Watts.

USB C

Dengan penyelarian ini, ia akan memudahkan lagi pengguna – sekaligus mengurangkan sampah elektronik, dan pada masa yang sama memudahkan pengguna membeli pengecas untuk peranti.

Ini juga sekaligus akan memerlukan Apple menggunakan pengecas USB-C pada produk mereka seperti iPhone dan AirPods.

Memandangkan EU memberikan tempoh sehingga penghujung 2024, maka semua pengeluar peranti mempunyai masa yang mencukupi dalam melakukan perubahan pada produk-produk mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd