Redmi Pad Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM899

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Pad telah dilancarkan secara global sebentar tadi dengan beberapa tawaran menarik seperti skrin 2K 90Hz dan cip MediaTek Helio G99. Kini harga jualan Malaysia turut sama dikongsi yang bermula RM899 (3GB/64GB), RM999 (4GB/128GB) dan RM1099 (6GB/128GB) Bagi yang berminat, ketersediaan adalah bermula esok menerusi kedai atas talian rasmi dan pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, tablet ini menggunakan skrin 10.6-inci LCD beresolusi 2K (1200 X 2000 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadanakan dengan cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 6GB RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula 8000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 18W.

Sensor sebesar 8MP disertakan untuk kamera utama dan swafoto. Turut disertakan adalah kebolehan ultra-lebar seluas 105 darjah untuk penggunaan lebih baik. Seterusnya tablet ini turut dimuatkan dengan empat pembesar suara yang ditala Dolby Atmos, di samping sistem operasi MIUI for Pad. 

komen


© Amanz / 2022 Kami