Xiaomi Robot Vacuum X10+ Ditawarkan Di Malaysia Pada RM3799

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Xiaomi Robot Vacuum X10+ yang merupakan sebuah mesin pembersih hampagas robotik bertujuan untuk tugas pembersihan rumah lebih efektif. Bagi yang berminat, harganya adalah RM37999 di Malaysia dan pembelian untuknya didatangkan dengan Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact secara percuma. Ketersediaan untuknya bagaimanapun akan diumumkan suatu tarikh kelak.

Robot ini dilengkapi teknologi navigasi laser LDS, kamera RGB dan pengesan pelanggaran. Ia boleh dikawal menggunakan Mi Home App dengan beberapa mod pembersihan. Turut disertakan adalah dermaga terbina dengan kebolehan beberapa proses pembersihan seperti mengosongkan tangki habuk, tangki air dan menggantikan dengan air baharu.

Bateri 5,200mAh yang disertakan mampu memberikan tempoh beroperasi sehingga 120 minit. Dalam masa sama, ia turut mempunyai ruang tempat simpanan sampah berkapasiti sehingga 2.5L dan motor dengan kadar kelajuan sedutan 4,000Pa.

komen


© Amanz / 2022 Kami