Xiaomi Truclean W10 Ultra Dan W10 Pro Wet Dry Vacuum Turut Diumumkan – Harga Bermula RM2599

Diterbitkan pada Okt 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain daripada Xiaomi Robot Vacuum X10+, dua lagi mesin pembersih hampagas nirwayar yang turut diumumkan hari ini adalah Xiaomi Truclean W10 Ultra Dan W10 Pro Wet Dry Vacuum. Kedua-duanya berkongsi rekaan yang sama tetapi penawaran perkakasan dalaman yang berbeza.

Bagi yang berminat, Xiaomi Truclean W10 Ultra Wet Dry Vacuum dijual pada RM2599. Sementara itu, Xiaomi Truclean W10 Pro Wet Dry Vacuum pula berharga RM3599. Setiap pembelian didatangkan dengan sebuah Xiaomi Smart Air Purifier 4 Compact secara percuma dan ketersediaan untuknya akan diumumkan kelak.

Kedua-dua mesin hampagas nirwayar ini dilengkapi tiga fungsi pembersihan yang merangkumi mencuci, mengemop dan vacuum. Ia turut mempunyai sensor pintar terbina yang mampu mengesan kotoran untuk prestasi pembersihan lebih baik. Turut disertakan adalah dermaga terbina dengan beberapa kebolehan seperti gantian air baharu, teknologi pemanasan seketika dan pengecasan semula.

Di samping itu, kedua-duanya juga mempunyai sokongan penunjuk tahap bateri berasaskan lampu LED. Kemudian kapasiti bateri adala berbeza dengan 3,680mAh pada Truclean W10 Ultra Wet Dry Vacuum dan 3,700mAh pula pada Truclean W10 Pro Wet Dry Vacuum. Kebolehan penggunaan pula mencapai 35 minit lamanya untuk kedua-dua produk.

Seperti kebanyakan mesin pembersih hampagas nirwayar pintar sedia ada, mesin hampagas nirwayar ini juga didatangkan dengan beberapa aksesori untuk kegunaan pembersihan seperti berus pelbagai guna.

komen


© Amanz / 2022 Kami