Carian
Robot Kini Dilihat Memasak Kentang Goreng Di Restoran – Menggantikan Manusia
October 5, 2022 Aman

Pelbagai industri kini sedang melihat untuk mengurangkan kos operasi dengan bergantung kepada robot dan kecerdasan buatan.

Terbaru, syarikat Miso Robotics memperkenalkan robot dinamakan Flippy 2, yang mana boleh menggoreng makanan di restoran makanan segera, terutamanya seperti kentang goreng.

Robot ini boleh beroperasi secara automatik, dan diuruskan melalui penggunaan kamera serta kecerdasan buatan. Ia mempercepatkan proses memasak dan pengurusan termasuk di tempat yang agak sempti. Robot ini boleh mengambil kentang goreng yang disejuk-beku, dan seterusnya memanaskan ia, dan meletakkan di bahagian untuk dihidangkan.

Jurutera robot juga boleh memantau ia melalui skrin khas secara masa-nyata, dan mengawal serta memperbaikinya sekiranya terdapat masalah – pada jarak jauh.

Buat masa ini, sejumlah restoran di Amerika Syarikat telah menggunakan robot Flippy 2 ini di restoran, tetapi tidak mengiklankan atau memperkatakan berkenaan perkara tersebut, kerana takut akan persepsi orang ramai mengatakan robot merampas kerja manusia.

Komen