Elon Musk Ingin Teruskan Untuk Membeli Twitter Seperti Penawaran Asal
Aman
Elon Musk hari ini dilihat melakukan penawaran kembali untuk membeli Twitter Inc – pada harga penawaran asal, iaitu $54.20 sesaham.
Tawaran ini dilakukan oleh Elon Musk melalui sebuah surat khusus kepada pihak Twitter.
Sebelum ini, Elon Musk telah sedia menawarkan untuk membeli Twitter, pada nilai keseluruhan $44 bilion. Namun mengubah perancangan berkenaan perkara tersebut dengan mengatakan perkhidmatan Twitter dipenuhi bot sebagai salah satu alasan.

Namun, pihak Twitter menidakkan perkara tersebut, dan memfailkan saman ke atas Elon Musk. Kedua-dua pihak sepatutnya dijadualkan dibicarakan di mahkamah pada 17 Oktober kelak.
Kini, nampaknya Elon Musk membuat pusingan-u kembali, dan melakukan penawaran untuk membeli Twitter pada harga penawaran seperti pada asalnya sebelum ini.
[sumber]Sumber : Bloomberg[/sumber]