Carian
Siri Xiaomi TV Q2 Dilancarkan Dengan 3 Saiz Skrin Dan Dolby Vision
October 5, 2022 Amy Maizuraa

Siri Xiaomi TV Q2 telah dilancarkan secara rasmi dalam beberapa penawaran saiz skrin yang terdiri dengan 50-inci, 55-inci dan 65-inci. Kesemuanya juga mempunyai pekakasasan dalaman sama yang dimuatkan dalam sebuah tubuh logam dengan binaan bezel skrin yang nipis.

Untuk spesifikasi, televisyen ini menggunakan skrin QLED yang menyokong resolusi 4K Ultra-HD (3840 X 2160 piksel) dan tetapan warna DCI-P3 untuk kandungan HDR berkualiti. Di samping itu,beberapa ciri tambahan seperti Dolby Vision IQ, HDR 10 dan HLG turut disertakan. Kemudian, ia juga dipadankan dengan pemproses empat-teras MediaTek 9611, GPU Mali G52, memori 2GB RAM dan 16GB eMMC storan dalaman secara terbina.

Turut melengkapi televisyen pintar ini adalah sistem pembesar suara empat unit dengan output 30W yang menyokong Dolby Atmos dan DTS:X. Pilihan input pula terdiri dengan 2 x HDMI, 1x HDMI (ARC), LAN, USB 2.0 X 2 dan input AV. Tidak ketinggalan, ia dilengkapi sambungan Wi-Fi dwi-jalur dan bluetooth 5.0. Siri Xiaomi TV Q2 dijual pada harga bermula €699.99 (~RM3,235) untuk sebuah.

Komen