Disney+ Hotstar adalah platform penstriman video Disney di Malaysia, di mana ia menawarkan kandungan asli seperti siri TV Star Wars, Marvel Cinematic Universe, pelbagai drama tempatan, beberapa kandungan Hulu dan banyak juga kandungan klasik milik Disney.
Harga langganan di Malaysia adalah RM54.90 untuk tiga bulan dan sejak pelancaran platform ini hanya menawarkan satu kaedah pembayaran iaitu melalui kad debit atau kad kredit sahaja.

Kini Disney+ Hotstar dilihat mula menawarkan kaedah pembayaran melalui Google Play Store untuk peranti Android. Ini bermakna, mereka yang tidak suka membayar dengan kad boleh bayar menggunakan Touch ‘n Go, Shopee Pay, bil telefon, kredit Google Play dan lain-lain yang Google tawarkan. Manakala pada iOS, kemampuan bayaran melalui App Store dusah boleh dilakukan sejak beberapa bulan lepas lagi.
Kaedah bayaran ini dilihat muncul melalui aplikasi Disney+ Hotstar di Android versi 12.4.6. Anda boleh semak peranti anda dan gedung aplikasi untuk kemaskini jika anda ingin ubah kaedah pembayaran.