Carian
ShopeePay Menamatkan Ciri Pindah Keluar Duit Ke Akaun Bank
October 5, 2022 Aman

Shopee kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, mengatakan akan menamatkan ciri mengeluarkan duit dari ShopeePay terus ke akaun bank pengguna – mulai 14 Oktober 2022 kelak.

Untuk makluman, dengan ciri ini, ia membolehkan sesiapa yang terlebih tambah-nilai pada dompet digital ShopeePay boleh mengeluarkan duit tersebut dengan mudah terus ke akaun bank.

Melalui FAQ yang dikongsikan pihak Shopee, pembuangan ciri ini dikatakan disebabkan oleh sebab-sebab sekuriti, dan mengurangkan risiko untuk pemindahan wang ke akaun yang tidak dibenarkan.

Sebagai alternatif buat masa ini, mungkin pengguna boleh menggunakan ciri DuitNow Transfer pada ShopeePay untuk menguruskan sebarang perkara melibatkan pemindahan wang.

Komen