Cari @ Amanz

Wayback Machine ialah mesin cahaya masa yang membolehkan pengguna melihat wajah laman-laman web versi lama ataupun yang sudah dipadam. Ia adalah laman yang amat berguna untuk melihat bagaimana rekaan laman web berubah sejak dari zaman awal. Internet Archive yang menguruskan Waybank Machine kini mengatakan mereka sudah menyimpan 737 bilion laman web yang memerlukan ruang storan hampir mencecah 100 Petabyte.

Ini bersamaan dengan storan 100,000 telefon pintar dengan storan dalaman 1TB. Sungguhpun memerlukan storan yang besar, Waybank Machine masih akan meneruskan usaha menyimpan sejarah internet tetapi usaha ini menjadi semakin sukar disebabkan oleh pelbagai halangan yang dikenakan pemilik laman. Misalnya proses merekodkan perubahan dalam dunia metamesta akan menjadi lebih sukar kerana ia bukan lagi sekadar laman web dua dimensi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd