Carian
TV
Bagaimana Google TV Siri Eye Care SKYWORTH SUE7600 Ini Menjaga Mata Anda
November 4, 2022 Syafia Hani

Terlalu banyak televisyen pintar yang ada di pasaran hari ini sehinggakan kita semua buntu untuk memilih yang mana satu terbaik dan memenuhi keinginan kita. Sudah menjadi kebiasaan untuk televisyen pintar hari ini menyokong paparan sehingga resolusi 4K, tetapi tidak semuanya menyokong Google TV, dan rata-ratanya hanyalah sebuah Android TV biasa sahaja.

Jika anda sedang mencari sebuah Google TV yang bukan sahaja beresolusi 4K, tetapi juga inginkan paparan yang memberi keselesaan kepada mata anda untuk menonton dalam tempoh masa panjang, SKYWORTH adalah antara jenama yang anda perlu pertimbangkan. Ini kerana jenama ini merupakan di antara 10 jenama popular yang sering hadir dengan teknologi terkini dan sering memenangi anugerah dari segi rekaannya yang menarik. Baru-baru ini mereka telahpun melancarkan Google TV terbaru, iaitu televisyen daripada siri Eye Care yang dinamakan sebagai SKYWORTH SUE7600.

Merupakan Google TV Yang Menyokong Android 11

Pertama sekali adalah ia merupakan sebuah Google TV terbaru daripada SKYWORTH yang menyokong sistem operasi Android 11 untuk televisyen. Melaluinya, anda boleh mengakses pelbagai kandungan untuk tv menerusi aplikasi Google Play Store mereka. Televisyen ini juga menyokong untuk membuat kemas kini bagi setiap naik taraf perisiannya. Perkara ini seterusnya membolehkan anda menikmati penggunaan yang lebih baik seperti lebih responsif dengan kadar latensi yang rendah, ciri privasi dan pengurusan memori yang telah dipertingkatkan.

Kebiasaannya, anda turut akan menerima alat kawalan jauh bagi setiap pembelian televisyen. Bagi Google TV dari SKYWORTH yang terbaru ini, memandangkan ia menggunakan sistem operasi Android 11, anda boleh membuat kawalan televisyen ini dengan hanya menekan butang “Voice Control” pada alat kawalan dan menyebut “Hey Google” untuk memberi arahan kepadanya.

Alat kawalan jauhnya juga membawakan rekaan yang minimalis dan terdapat butang pintasan pada alat kawalan ini seperti YouTube, Netflix dan juga Prime Video. Bukan sekadar itu sahaja, jika anda berada dalam situasi dimana kedua-dua tangan anda penuh dengan barang atau kotor untuk memegang alat kawalan, jangan risau kerana anda masih boleh membuat kawalan secara jauh dengan hanya menggunakan suara tanpa perlu memegang alat kawalan jauh anda. Ciri ini dinama sebagai Far Field Voice Control. Caranya masih sama, iaitu hanya perlu menyebut “Hey Google” sahaja.

Melalui fungsi ini anda tidak lagi perlu menaip setiap satu huruf untuk membolehkan anda mengakses sesuatu kandungan. Jadi, ia lebih mudah dan cepat. Kemasannya juga dikatakan menggunakan material yang anti bakteria bagi menghalang pembiakan kuman daripada berlaku.

Jika dibandingkan dengan masa dahulu, saluran tv hanya terhad kepada beberapa saluran sahaja. Namun sekarang anda boleh menikmati lebih banyak saluran penstriman terbina menerusi Google TV seperti Netflix, Youtube, Prime Video dan lain-lain. Jika tidak cukup dengan itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi penstriman yang lain dengan mudah seperti Disney+ Hotstar, iflix dan banyak lagi melalui Google Play Store.

Selain itu, terdapat juga aplikasi-aplikasi lain yang anda boleh dapatkan, seperti Kids Care yang membolehkan anda untuk mengawal kandungan untuk kanak-kanak, Google Photos untuk menyimpan pelbagai memori keluarga anda, Google Duo jika anda hendak membuat persidangan menggunakan TV, dan TV ini juga hadir dengan Chromecast terbina untuk sambungan kepada kandungan daripada peranti lain dengan mudah.

Paparan Yang Menjaga Mata & Memberi Keselesaan Untuk Tontonan Yang Lama

Antara salah satu ciri yang penting untuk kita pertimbangkan sebelum membeli televisyen pintar hari ini adalah tentunya dari segi sokongan paparannya. Bagi SKYWORTH SUE7600 ini, sesuai dengan nama sirinya iaitu siri Eye Care, televisyen ini dapat memberi keselesaan kepada mata walaupun ditonton dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana TV ini menggunakan lampu cahaya biru yang rendah dan juga menyokong ciri Flicker Free bagi membantu mengelakkan mata anda daripada berasa cepat letih apabila menontonnya terlalu lama.

Menurut SKYWORTH, teknologi ini menerima pengiktirafan daripada TUV Rheinland iaitu sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk membuat pengesahan dan pensijilaan berkenaan keberkesanan bagi ciri-ciri keselamatan untuk produk elektronik. Bukan sekadar itu, tv ini menggunakan panel LED yang mempunyai kualiti paparan yang bagus, beresolusi sehingga 4K dan menyokong Chameleon Extreme 2.0. Sokongan ini membantu menambah baik kualiti paparan agar apa yang dipaparkan kelihatan lebih realistik.

Paparannya juga turut dibantu oleh SKYWORTH’s 30+ Picture Quality Tuning yang membolehkan anda untuk melaraskan pewarnaan paparan mengikut kehendak anda. Anda boleh melarasnya dari segi kecerahan gambar, hingar, ketajaman, warna, kontras dan banyak lagi bagi membolehkannya memaparkan kualiti gambar yang baik dan sesuai dengan keselesaan mata anda memandang.

Sistem Pembesar Suara Daripada Dolby Audio & DTS Studio Sound

Faktor kedua yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli televisyen pintar adalah dari segi sistem pembesar suara terbinanya. Ini kerana, ada sesetengah televisyen pintar hanya memfokuskan kepada kualiti paparannya sahaja tetapi kualiti audionya tidak cukup memuaskan. Namun bagi Google TV terbaru daripada SKYWORTH ini, ia hadir dengan sokongan pembesar suara yang baik hasil bantuan teknologi Dolby Audio dan juga Digital Theater System (DTS) Studio Sound. Melaluinya anda boleh menikmati tontonan dengan audio yang lebih mengasyikkan.

Tetapi, jika anda ingin menonton kandungan daripada telefon pintar anda dengan paparan yang lebih besar dan audio yang lebih kuat, anda juga boleh sambungkannya kepada tv ini melalui ciri Bidirectional Bluetooth 5.1. Menurut SKYWORTH, kawasan liputan sambungan Bluetooth 5.1 ini dengan peranti lain dikatakan lebih luas dan lebih mudah untuk disambungkan sehingga 5 peranti serentak.

Jadi, Google TV SKYWORTH SUE7600 Ini Untuk Siapa?

Televisyen terbaru daripada SKYWORTH ini dipasarkan dengan 6 saiz, iaitu 43 inci, 50 inci, 55 inci, 65 inci, 70 inci dan juga 75 inci. Ia dijual pada harga bermula RM1,899 sehingga RM5,199 bergantung kepada saiz yang anda inginkan. Rekaannya juga menarik dengan skrin berbingkai nipis dan sesuai untuk digantung di dinding. Dengan penawaran spesifikasi dan harganya yang sebegini, kami boleh simpulkan bahawa harganya agak kompetetif setanding dengan pengeluar-pengeluar tv ternama yang lain.

Oleh itu, jika anda sedang mencari Google TV yang terkini, beresolusi 4K, mempunyai sistem audio yang baik dan mempunyai pelbagai pilihan saiz yang bersesuaian dengan bajet anda, Google TV daripada siri Eye Care SUE 7600 ini adalah pilihan yang baik yang anda boleh pertimbangkan. Malah, menurut SKYWORTH, bagi setiap keuntungan yang diperoleh melalui penjualan Google TV daripada siri Eye Care SUE7600 ini, 1% akan disalurkan kepada Lions Eye Clinic Malaysia untuk memberikan rawatan mata yang berkualiti pada kos yang mampu milik kepada pesakit mereka. Pihak SKYWORTH juga turut menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Lions Club KL Agape Star untuk menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mata yang bersesuaian dan dalam masa yang sama memberikan cermin mata pada harga yang berpatutan kepada orang ramai. Inisiatif ini akan berjalan bermula November 2022 sehingga April 2022 kelak.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk memiliki televisyen pintar ini, dan ingin membantu individu yang kurang berkemampuan untuk dapatkan rawatan mata yang lebih mampu milik, anda boleh dapatkannya sekarang melalui pengedar-pengedar rasmi SKYWORTH di seluruh Malaysia. Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan berkenaan produk-produk mereka, maklumat penuh boleh didapati melalui laman rasmi SKYWORTH. Selain itu, anda juga boleh juga melanggan saluran Youtube Skyworth Malaysia untuk menonton pelbagai jenis video tutorial untuk membuat tetapan TV SKYWORTH anda dan jangan lupa untuk Like dan Follow Facebook rasmi Skyworth Malaysia untuk ketahui informasi-informasi terkini mereka.

Penafian : Advertorial daripada SKYWORTH Malaysia

Komen