Carian
Laman KKMNOW Dilancarkan Bagi Memaparkan Data Penggunaan Fasiliti KKM, Penderma Darah, Dan Banyak Lagi
October 5, 2022 Effi Saharudin

Laman KKMNOW telah dilancarkan hari ini dengan ini menjadi portal setempat untuk melihat peratusan penggunaan fasiliti KKM, penggunaan kad, penderma darah, penderma organ, vaksinasi dan banyak lagi. Ia adalah kesinambungan kepada laman COVIDNOW yang sebelum ini hanya memaparkan pelbagai maklumat mengenai pandemik Covid-19, vaksinasi dan penggunaan katil serta ICU di fasiliti KKM.

Selepas ini lebih banyak ciri akan ditambah ke laman KKMNOW seperti memaparkan jumlah bekalan darah, bekalan ubat-ubatan, waktu menanti untuk mendapatkan prosedur dan pelbagai lagi data-data yang berguna yang boleh diakses secara masa nyata serta terbuka untuk dilihat semua.

Komen