TIME kini mengacah melalui laman sosial mereka, untuk pengenalan sesuatu yang baharu pada Jumaat ini, 7 Oktober 2022. Menariknya, salah satu gambar acah yang dikongsikan, memfokuskan kepada kelajuan 2 kali ganda.
Walaupun tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini, tetapi kelajuan 2 kali ganda ini seperti memberikan petanda pakej 2Gbps bakal diperkenalkan oleh TIME tidak lama lagi.

Sekiranya benar, maka TIME akan menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan pakej internet dengan kelajuan sedemikian kepada pengguna di rumah. Buat masa ini, pakej paling laju yang ditawarkan oleh TIME adalah 1Gbps, dan sekiranya digandakan mengikut gambar acah 2x yang diperlihatkan TIME, maka kita mungkin melihat pakej 2Gbps diperkenalkan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari Jumaat ini, apakah kejutan kelajuan dua kali ganda yang disediakan oleh TIME kelak.