Nissan Membangunkan Mop Swapandu Yang Boleh Mencuci Lantai Dengan Sendiri

Diterbitkan pada Okt 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa hari lalu di Saitama Super Arena, Tokyo, sebuah acara bola keranjang NBA Japan Games telah diadakan yang memperlihatkan pasukan Golden State Warriors dan Washington Wizards bertembung dengan satu sama lain.

Tetapi satu adegan yang pastinya menarik minat ramai ialah pada waktu rehat apabila mop swapandu yang dibangunkan oleh Nissan dilihat membersihkan lantai gelanggang bola keranjang tersebut. Apa yang unik disini ialah mop-mop istimewa ini mencucinya tanpa memerlukan sebarang bantuan manusia.

Apabila dilihat, mop tersebut kelihatan seperti mop biasa sahaja, lengkap dengan batangnya sekali, tetapi secara teknikalnya ia tidak diperlukan kerana mop-mop ini sudah tahu akan bentuk dan saiz gelanggang tersebut dan membersihkannya dengan sendiri tanpa masalah.

Nissan, syarikat automotif Jepun dilihat sebagai salah satu daripada sejumlah syarikat yang giat membangunkan teknologi swapandu untuk pelbagai jenis kenderaan, dan kini robot pembersihan yang tidak memerlukan input pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami