Cari @ Amanz

Oppo kini hadir dengan sebuah lagi peranti pintar baharu di bawah siri A. Melaluinya, mereka memperkenalkan Oppo A77s yang merupakan sebuah peranti 4G dengan janaan cip Snapdragon 680. Antara ciri utama lain yang turut diketangahkan pada peranti termasuklah kamera utama 50MP dan bateri 5,000mAh.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A77s menggunakan skrin sebesar 6.56-inci LCD HD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Cip Snapdragon 680 digunakan dengan padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 5,000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 33W.

Turut disertakan adalah kamera utama dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sambunga bluetooth 5.0, port USB-C, bicu audio 3.5mm dan menjalankan ColorOS 12.1

Untuk harga, Oppo A77s dijual di Thailand pada TBH8999 (~RM1,114) dengan dua pilihan warna seperti Sunset Orange dan Starry Black. Untuk makluman, peranti ini juga telah disahkan bakal tersedia untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd