Cari @ Amanz

Antara cara yang digunakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga pada musim panas ialah mengecat jalan dan bangunan dengan warna putih. Di California jalan raya dicat putih bagi mengurangkan masalah haba melampau sehingga menyebabkan tar cair. Purdue University telah menghasilkan cat putih yang boleh memantulkan 98.1% cahaya tahun lalu.

Masalah dengan cat yang dihasilkan ia memerlukan ketebalan 400 mikron yang sekitar 6 kali ganda ketebalan rambut manusia untuk melakukan pantulan cahaya yang efektif. Oleh itu ia hanya sesuai digunakan pada bangunan untuk mengurangkan pemanasan sekaligus memarangkan penggunaan pendingin hawa.

Oleh itu pasukan yang sama dari Purdue telah kembali ke makmal dan hasilnya ia cat kini hanya perlu mempunyai ketebalan 150 mikron untuk memantulkan 97.9% cahaya. Ini dilakukan dengan mencampur bahan nitrida boron. Ini sekaligus mengurangkan berat lapisan cat sehingga 80%.

Cat kini boleh digunakan pada pesawat, dan kenderaan dimana penambahan berat boleh meningkatkan penggunaan bahan api. Pesawat kini tidak akan mempunyai masalah bahang dalam kabin ketika di terminal dan penyelidik juga melihat ciptaan mereka digunakan pada industri aeroangkasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd