Stesen Janakuasa Elektrik Udara Mampat Terbesar Dunia Mula Beroperasi Di China

Diterbitkan pada Okt 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kuala elektrik di Malaysia masih lagi dijana menggunakan bahan api fosil dengan selebihnya menggunakan empangan hidroelektrik. Dengan perubahan iklan yang semakin serius, sumber tenaga yang lebih lestari perlu dibangunkan dengan segera. Di China, stesen janakuasa elektrik menggunakan storan tenaga udara mampat (CAES) dengan output terbesar telah memulakan operasi pada 30 September lalu.

Stesen janakuasa storan tenaga udara mampat ini terletak di Zhangjiakou, provinsi Hebei. Ia merupakan janakuasa CASE 100-MW pertama dunia dengan ia boleh menjana sehingga 132 juta kWh tenaga setahun kepada 40,000-60,000 rumah. Pengurangan pembakaran 442,000 tan arang batu dan 109,000 tan CO2 dapat dilakukan setahun.

CAES beroperasi dengan memampatkan udara sehingga tekanan 140 atmosfera menggunakan tenaga elektrik yang dijana ketika bukan waktu puncak. Apabila tenaga tambahan diperlukan grid, udara dalam tangki simpanan akan dilepaskan dan dipanaskan. Ini kemudiannya menggerakkan turbin untuk menjana elektrik pada waktu puncak. CAES ialah alternatif lebih murah dengan jangka hayat lebih baik berbanding penggunaan storan bateri. Dengan keperluan bateri yang sedang meningkat, penggunaan storan bateri seperti yang digunakan oleh Tesla di Australia menjadi terlalu mahal.

Sejak 1978, sistem janakuasa CAES memanaskan semula udara mampat dengan membakarnya dengan gas asli. Sistem CAES di China ini adalah lestari sepenuhnya. Haba yang terhasil ketika proses memampatkan semula udara digunakan semula untuk proses pemanasan. Dengan ini tenaga elektrik yang benar-benar mesra alam dapat dijana.

Semua ini dilakukan dengan kecekapan penggunaan tenaga 70.4% yang lebih tinggi sekitar 52% pada sistem janakuasa CAES lain di dunia sekarang. China sedang menggandakan usaha untuk menjana elektrik yang lebih lestari untuk keperluan domestik. Arang batu bukan sahaja perlu diimport tetapi turut mengakibatkan pencemaran udara yang teruk.

Sistem CAES, ladang solar, panel solar memancar tenaga dari angkasa ke bumi dan menghasilkan matahari ciptaan manusia adalah antara projek lain yang sedang dibangunkan China sekarang.

Sumber – China Academy of Science menerusi New Atlas

komen


© Amanz / 2022 Kami