Pemilihan peranti boleh menggambarkan kelas dan keperibadian seseorang. Tidak dinafikan dengan peranti yang semakin berprestasi tinggi, dihadirkan dengan aksesori bergaya bagi menambah fungsi dan memberikan pengalaman yang lebih baik.

Samsung yang telah melancarkan Galaxy Z terbaharu turut menawarkan aksesori menarik untuk model Z Fold4 5G mereka. Antara aksesori yang telah mula ditawarkan termasuklah Silicon Grip Cover, dan juga Slim Standing Cover.
Silicon Grip Cover Memberikan Cengkaman Penggunaan Sebelah Tangan

Anda pastinya risau takut terjatuh peranti anda walau apa jua peranti yang anda miliki. Malah mungkin anda berasa risau jika Galaxy Z Fold4 yang sedap dipegang ketika ia dikatup (candybar design) mungkin senang terlepas apabila ia dibuka besar.
Jadi Samsung menawarkan Silicon Grip Cover, yang turut mengikuti lunas rekaan Grip Cover terdahulu yang hampir menyerupai barisan model Flip mereka. Dibelakang Silicon Grip Cover ini terdapatnya satu tali gelungan yang membolehkan pengguna menyelitkan tangan mereka.

Dengan Silicon Grip Cover ini, pengguna boleh merasa selesa dan terjamin dalam menggunakan peranti ini apabila memegangnya. Malah ia turut boleh dilaras tahap ketatnya, terpulang kepada pilihan pengguna.
Slim Standing Cover Meletakkan Galaxy Z Fold4 Dengan Bergaya

Dengan gaya hidup masa kini, anda pastinya membawa peranti kemana sahaja yang anda inginkan. Dan memiliki tempat sandar untuk peranti, bagi meletakkannya secara menegak menjadi satu cara untuk anda memaparkan peranti anda yang turut boleh menjadi pemain audio, memaparkan video, agenda kalendar seharian dan pelbagai lagi.

Bagi Samsung Galaxy Z Fold4 ini, aksesori Slim Standing Cover turut ditawarkan, membolehkan peranti diletakkan dengan skrin berhadapan pada sudut yang menyenangkan buat anda melihatnya. Malah ia tidak menambahkan ketebalan peranti, disamping melindungi dan memberikan cengkaman yang lebih sewaktu memegangnya.

Kedua-dua aksesori untuk Galaxy Z Fold4 ini telah mula dijual pada harga RM 209 untuk Silicon Grip Cover, manakala Slim Standing Cover pula dijual pada harga yang sama iaitu RM 209. Anda boleh mendapatkan aksesori ini sewaktu membeli Galaxy Z Fold4 di kedai rasmi Samsung secara atas talian mahupun cawangan yang berhampiran, serta pengedar sah seluruh Malaysia.
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia