Cari @ Amanz

Spark Mail merupakan salah satu aplikasi pengurusan dan klien emel yang popular pada platform Mac dan juga iOS. Hari ini, pembangunnya turut memperkenalkan Spark untuk para pengguna sistem operasi Windows.

Dengan pengenalan ini, pengguna boleh menikmati antaramuka serba kemas yang ditawarkan oleh Spark Mail, disamping turut menikmati ciri seperti Smart Search Bar, dan juga ciri “Email Focus Time” – membolehkan anda untuk meningkatkan produktiviti tanpa terlalu fokus pada emel.

Spark turut menawarkan pelan berbayar pada harga $7.99 sebulan yang menyertakan sejumlah ciri-ciri – termasuk kebolehan membuang label “Sent with Spark”.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, boleh memuat-turun dan mencuba Spark hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd