Meta telah diperkatakan akan melakukan penstrukturan dan pengoptimasian operasi syarikat sebelum ini. Lanjutan daripadanya, kini hadir laporan baharu mengatakan Meta akan membuang sehingga 15% tenaga kerja syarikat mereka, memberikan kesan terhadap hampir 12,000 orang pekerja.
Meta dikatakan telah memulakan proses pengoptimasian pekerja mereka.
Pada tahun ini sahaja, Meta memperlihatkan kejatuhan nilai saham yang mendadak, selain perbelanjaan pengiklanan yang semakin kurang dengan cabaran daripada platform seperti TikTok, serta cabaran-cabaran lain termasuk kehilangan pengguna.
Ia tidak diketahui lagi sama ada proses pengoptimasian ini akan memberikan kesan kepada pembangunan metamesta atau sebaliknya.