WhatsApp Premium Boleh Diuji Oleh Pengguna WhatsApp Business – Harga Bermula 49 Sen

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bulan Mei lalu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri langganan berbayar WhatsApp Premium untuk pengguna WhatsApp Business.

Dengan ciri ini, mereka yang berniaga boleh menggunakan ciri Peranti Terpaut sehingga 10 peranti agar perniagaan lebih mudah diuruskan oleh satu pasukan atau para pekerja. WhatsApp Premium turut membenarkan pemilik akaun hadir dengan Pautan Ringkas dengan nama perniagaan dan tidak lagi dengan aksara rawak.

WABetaInfo kini melaporkan yang WhatsApp Premium mula diedarkan kepada pengguna beta WhatsApp Business di Android dan iOS. Tetapi buat masa ini hanya negara terpilih sahaja dapat mengujinya.

Ciri Pautan Ringkas ini boleh ditukar setiap 90 hari dengan turut boleh memasukkan mesej permulaan apabila pelanggan mula tekan. Peranti Terpaut adalah ciri membolehkan satu akaun WhatsApp digunakan pada peranti lain tanpa memerlukan peranti utama.

Jika anda ingin langgan WhatsApp Premium, buka tetapan WhatsApp Business dan mereka yang layak atau terpilih akan nampak pilihan langganan. Tiada harga yang jelas didedahkan buat masa ini, tetapi di Play Store – WhatsApp Business menyenaraikan harga RM0.49 untuk satu perkara yang tidak diketahui.

komen


© Amanz / 2022 Kami