Twitter Kini Membenarkan Pengguna Memuat Naik Video, GIF dan Gambar Dalam Satu Ciapan

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa bulan yang lalu Twitter menguji ciri yang membenarkan pengguna memuat naik video, GIF dan gambar statik dalam satu ciapan kepada beberapa akaun terpilih. Pagi ini ciri ini diaktifkan kepada semua pengguna yang mengakses Twitter menerusi aplikasi Android dan iOS.

Dengan ciri ini ketiga-tiga media boleh dimuat naik dalam satu ciapan berbanding sebelum ini hanya satu GIF beranimasi dan satu video sahaja boleh dimuat naik. Ia turut kini membenarkan sehingga empat video dan empat GIF beranimasi dimuat naik serentak dalam satu ciapan. Untuk mengakses ciri ini aplikasi Twitter perlu dilancarkan semula dan menggunakan versi terkini.

komen


© Amanz / 2022 Kami