Iklan TIME Mengesahkan Pengenalan Pelan 2Gbps

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TIME sedia mengacah pengenalan sesuatu yang baharu pada hari Jumaat ini, 7 Oktober – dan selari dengannya, kini iklan awal untuknya telah mula ditayangkan – sekaligus mengesahkan TIME akan memperkenalkan pelan 2Gbps tidak lama lagi.

Iklan baharu ini dipertontonkan di hadapan KLCC, melalui animasi berbentuk 3D. Melaluinya, TIME dilihat mempromosikan pakej 2Gbps mereka.

Pengenalan ini akan menjadikan TIME antara yang terawal menawarkan pakej 2Gbps di Malaysia untuk pengguna rumah. Harga penawarannya masih tidak diketahui lagi.

Pada iklan sama juga, ia dilihat TIME akan mula menggunakan identiti dan logo baharu untuk perkhidmatan mereka kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami