Infinix Zero Ultra Dilancarkan Dengan Kamera 200MP OIS Dan Pengecasan Pantas 180W

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix Zero Ultra telah dilancarkan secara rasmi dan ia merupakan sebuah peranti 5G berspesifikasi pertengahan dengan cip MediaTek Dimensity 920. Tumpuan utama semestinya terletak pada teknologi 180W Thunder Charge yang membolehkan bateri 4,500mAh pada peranti di cas penuh dalam hanya 12 minit.

Selain daripada itu, peranti juga dibekalkan sensor utama 200MP dengan OIS yang menjanjikan pengalaman fotografi cukup baik. Ia kemudiannya diikuti dengan dua lagi sensor lain yang terdiri dengan 13MP untuk ultra-lebar dan 2MP. Kamera utama ini turut menyokong kebolehan rakaman video mencapai 4K/30fp. Kamera swafoto pula sebesar 32MP.

Skrin 6.81-inci AMOLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz turut digunakan. Memori pula sebesar 8GB RAM dan 256GB storan dalaman terbina. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 4,500mAh, sistem penyejukan 11 lapisan untuk pengaliran haba yang baik dan menjalankan antara muka XOS 12.

Untuk harga, Infinix Zero Ultra dijual pada $520 (~RM2408) dengan dua pilihan warna seperti Coslight Silver dan Genesis Noir.

komen


© Amanz / 2022 Kami