Cari @ Amanz

Spotify kini dilihat sebagai salah-satu platform kandungan audio yang paling besar sekarang dengan penawaran lagu dan juga podsiar yang cukup banyak sekali.

Kebelakangan ini, syarikat tersebut dilihat telah menghadapi masalah dengan sejumlah kandungan podsiar mereka yang dilaporkan hadir dengan banyak maklumat palsu dan juga kandungan yang kurang enak didengari oleh pengguna.

Oleh kerana itu, mereka telah mengambil-alih Kinzen, sebuah syarikat moderasi kandungan yang menggunakan gabungan pembelajaran mesin dan juga kepakaran manusia untuk mencari kandungan-kandungan maklumat palsu, berbaur perkauman dan pelbagai kandungan negatif lain dalam pelbagai jenis bahasa.

Spotify dan Kinzen telah bekerjasama sejak awal 2020, apabila Spotify dilihat perlu melakukan sesuatu untuk mengekang maklumat palsu berkenaan pilihanraya pada tahun tersebut. Selepas podsiar Joe Rogan dilihat memperlihatkan beberapa artis menarik katalog lagu-lagu mereka di Spotify, pengambil-alihan ini dilihat dilakukan mungkin untuk memastikan artis-artis lain tidak melakukan perkara yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd