Carian
Barry Sharpless Menjadi Individu Kelima Memenangi Hadiah Nobel Dua Kali
October 6, 2022 Effi Saharudin

Semalam Barry Sharpless memenangi Hadiah Nobel Kimia 2022 bersama dengan Morten Meldal dan Carolyn Bertozzi atas sumbangan dalam bidang kimia klik. Pada tahun 2001, Sharpless juga telah memenangi Hadiah Nobel Kimia kerana sumbangan tindak balas pengoksidaan yang dimangkin secara kiral.

Ini sekaligus menjadikan Sharpless hanya individu kelima dalam sejarah memenangi Hadiah Nobel sebanyak dua kali. Beliau di dalam kumpulan kecil bersama dengan John Bardeen, Marie Curie, Linus Pauling dan Frederick Sanger yang turut memenanginya sebanyak dua kali.

Komen