Video Muzik Ini Dihasilkan Menggunakan Google Street View Sepenuhnya

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vide muzik yang baik akan membantu mempopularkan lagu. Gangnam Style mungkin tidak akan mempunyai berbilion tontonan jika ia sekadar video biasa tanpa tarian yang tular. Maka pelbagai gimik dilakukan untuk menjadi video lain daripada yang lain. Adam Chitayat seorang pengarah terperangkap di rumah ketika pandemik. Untuk menghilangkan kebosanan beliau mengembara ke seluruh pelosok dunia menggunakan Google Street View.

Ini memberikan beliau idea menggunakan Street View bagi menghasilkan video time lapse. Untuk sekian lama video yang dihasilkan disimpan dalam komputer sehinggalah Chitayat mendengar lagu Out Sailing oleh Axel Boman. Beliau menghubungi DJ ini dan mencadangkan muzik Boman digunakan dengan visual yang telah dihasilkan. Hasilnya ialah video muzik di atas yang dihasilkan menggunakan Street View sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami