Cari @ Amanz

Metamesta diramalkan menjadi pengganti kepada internet yang hanya boleh digunakan secara dua dimensi. Meta, Apple, Samsung dan Google semuanya mempunyai idea tersendiri mengenai hala tuju platform metamesta. Tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan ke metamesta, Maxis hari ini melancarkan kedai telko maya metamesta pertama Malaysia.

Kedai telko ini boleh dilawati di dalam platform metamesta Decentraland. Pengguna boleh membeli-belah produk dan perkhidmatan Maxis menggunakan teknologi 3D terkini, melihat dan mendapatkan idea tentang bagaimana mereka boleh mengubah rumah dengan peranti rumah Maxis yang dikuasakan oleh Maxis Fibre, dan juga membeli NFT yang boleh dikumpul melalui kerjasama dengan artis Malaysia.

Selain itu, pelanggan juga boleh melayari penawaran produk Hotlink serta kandungan #BikinSampaiJadi. Pelanggan juga akan mendapat akses kepada servis digital melalui kod QR. Lawati kedai telko maya metamesta Maxis menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd