Sistem Tol Bebas Palang Dikatakan Akan Mula Diperkenalkan Seawal Tahun 2025

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Terkini, Kementerian Kerja Raya menyatakan perancangan untuk lebuhraya bebas palang tol (MLFF) ini akan diawalkan pada tahun 2025. Pelaksanaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha negara mengurangkan kesesakan di laluan plaza tol.

Bukan itu sahaja, pihak kementerian turut ingin membangunkan sistem penimbang untuk kenderaan berat bagi mengesan lori yang melebihi muatan agar tiada lagi kerosakan dan kesesakan lalu lintas berlaku.

Sistem MLFF ini juga akan menggunakan RFID agar kenderaan tidak perlu berhenti untuk membayar tol dan boleh melancarkan lagi trafik di lebuhraya. Bagi menjayakan perkara ini Pelan Induk Sistem Pengangkutan Pintar dikatakan akan disepadukan bersama kumpulan syarikat konsesi tol bersama kesepakatan seluruh majlis perbandaran atau bandar.

komen


© Amanz / 2023 Kami