Google Pixel 4 Mula Menerima Kemaskini Terakhir – Sokongan Perisian Kini Ditamatkan

Diterbitkan pada Okt 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Malam ini Google akan melancarkan dua peranti Pixel baharu iaitu Pixel 7 dan Pixel 7 Pro. Dua peranti ini adalah Pixel generasi baharu dengan rekaan bar kamera, dijana dengan cip Google Tensor G2, menggunakan kamera dengan sensor lebih besar serta banyak lagi penambahbaikan yang mereka lakukan berbanding peranti Pixel generasi lama.

Peranti Pixel mercu terakhir Google dengan cip Snapdragon berkuasa adalah Pixel 4, iaitu dengan Snapdragon 855. Selepas itu Pixel 5 menggunakan cip kelas pertengahan dan Pixel 6 mula menggunakan cip tersendiri.

Bulan Oktober 2022, akan menjadi bulan terakhir sokongan perisian Pixel 4 diberikan kerana 24 Oktober akan datang peranti Pixel 4 dan Pixel 4 XL akan berusia 3 tahun dan akan menjadi tamat tempoh untuk menerima kemaskini Android atau tampalan sekuriti.

Pixel 4 sudah pun menerima kemaskini Android 13 dan Google baru sahaja mengedarkan kemaskini terakhir iaitu TP1A.221005.002 untuk membaiki masalah audio, sambungan rangkaian dan beberapa pepijat lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami