Carian
Rasmi : TIME Perkenal Pelan 2Gbps Pada Harga RM379 Sebulan
October 6, 2022 Aman

TIME kini telah pun mengumumkan secara rasmi, pengenalan pelan terbaru mereka, iaitu internet dengan kelajuan 2Gbps. Pelan ini akan ditawarkan pada harga RM379 sebulan.

TIME mengatakan pelan ini akan ditawarkan dibeberapa lokasi terpilih bermula 7 Oktober 2022 – dan dijangka akan diperluaskan penawarannya secara berperingkat kepada semua. Pelan ini menawarkan kadar muat-turun 2Gbps, dan muat-naik 500Mbps.

Untuk menjayakan pengenalan pelan 2Gbps ini, TIME menggunakan teknologi 10G PON, yang telah dimulakan sejak tahun 2019 lepas – membolehkan ia memenuhi permintaan dan kelajuan semasa.

Bersama langganan 2Gbps ini juga, TIME menawarkan 2 peranti mesh WiFi 6 secara percuma untuk pelanggan.

Pada masa yang sama, kini TIME mengatakan mereka menawarkan pemasangan pada hari sama sekiranya membuat pendaftaran sebelum pukul 10 pagi. Namun, ia masih tertakluk kepada beberapa lokasi buat masa ini.

Jadi, pada harga RM379 sebulan, apa kata anda berkenaan pelan baharu TIME ini?

Komen